Tengku Amir ‘tiup’ semangat The Monsoon di Gran Canaria

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Domain Domain Headlines News

Domain Domain Latest News,Domain Domain Headlines

Skuad pelayaran negara menerima suntikan semangat daripada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Piala Emas SSL di Gran Canaria.

PETALING JAYA: Skuad pelayaran negara menerima suntikan semangat dengan keberangkatan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Kejohanan Pelayaran Piala Emas Star Sailors League di Gran Canaria, Sepanyol minggu ini.

Baginda berkenan menyaksikan kejohanan itu dan tiba pada 9 November lepas dengan disambut ketua pasukan, Megat Danial Megat Najmuddin dan anggota pasukan perahu layar yang lain, Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif. “Kami menjunjung kasih kepada baginda kerana meluangkan masa memberi sokongan moral untuk kami mengharungi saingan ini.Skuad negara yang juga dikenali dengan gelaran The Monsoon diundi dengan Antigua and Barbuda, Ukraine dan Bermuda di Fleet Tiga pada pusingan 1/32.

Fleet Satu merangkumi Peru, Bulgaria, Slovenia dan Tahiti, manakala Fleet Dua menampilkan Portugal, Chile, Cuba dan Estonia.Mengikut format pertandingan dua pasukan terbaik daripada setiap Fleet akan mara ke pusingan 1/16. Malaysia pernah mendapat tempat kedua di belakang Antigua and Barbuda dalam perlumbaan pertama pada 10 November lepas serta ketiga di belakang Antigua and Barbuda dan Ukraine pada perlumbaan kedua pada 11 November.-UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in DOMAİN

Domain Domain Latest News, Domain Domain Headlines